TINDAKAN Megan Markle menyindir birasnya, Kate Middleton dengan nama gelaran tertentu di televisyen adalah perbuatan yang sama sekali tidak wajar. Komentator diraja, Daniela Elser menuduh Duchess of Sussex itu sengaja membangkitkan julukan 'Waity Katie' sewaktu dia dan suaminya, Putera Harry diwawancara oleh Oprah Winfrey minggu lalu. Menerusi wawancara selama dua jam, Duke dan Duchess of Sussex itu membuat beberapa pendedahan mengejutkan yang mengaitkan keluarga diraja Britain termasuk kenyataan rasis mengenai warna kulit anak mereka, Archie. Semasa temubual tersebut, Meghan, 39, membandingkan cara media UK membuat liputan mengenai percintaannya bersama Harry, dengan Kate dan Putera William. Meghan memberitahu Oprah: "Kate dipanggil Waity Katie, menunggu untuk berkahwin dengan William, saya membayangkan itu sangat sukar. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana rasanya." Elser menyifatkan kenyataan Meghan itu sangat tidak wajar dan menyinggung perasaan. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!