suria

Peminat terkejut biker cun rupa-rupanya pakcik 50 tahun

Seorang biker wanita didedahkan sebagai seorang lelaki berusia pertengahan. foto @azusagakuyuki/Twitter)

PEMINAT kepada seorang penunggang motosikal wanita muda, terjejut apabila mendapati individu tersebut sebenarnya adalah lelaki berusia 50 tahun.

'Biker' warga Jepun itu, @azusagakuyuki meraih ramai pengikut di media sosial selepas menyiarkan foto-foto 'dirinya' bergaya bersama motosikal atau menunggang di jalan.

Selain menceritakan tentang minatnya menghabiskan banyak masa dengan motosikal, dia turut memuat naik beberapa gambar dirinya yang terbaring di atas katil.

Dengan rambut panjang berwarna merah, solekan mata dan mempunyai ciri-ciri feminin, ramai yang menganggapnya sebagai wanita muda.

Bagaimanapun, satu program TV Jepun telah membongkarkan perkara sebenar.

Seorang kru TV menjejaki penunggang motosikal itu dan merakamkannya ketika menanggalkan topi keledar.



Wajah sebenar penunggang motosikal itu didedahkan oleh kru TV. foto @azusagakuyuki/Twitter

Ia kemudian mendedahkan wanita itu sebenarnya merupakan seorang lelaki berusia pertengahan, dengan rambut yang ikal mayang.

Dia mengaku 'memancing' peminatnya, dengan menggunakan aplikasi seperti FaceApp dan Photoshop bagi mengubah wajahnya untuk kelihatan feminin, dan tidak mahu dilihat sebagai 'pakcik'.

Aplikasi tersebut membolehkan wajah seseorang diubah untuk kelihatan berlainan jantina, yang boleh mengaburi mata orang lain.

Menurut lelaki itu, dia seronok dengan proses 'mencantikkan diri' yang membantu menambah jumlah pengikutnya di Instagram. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain