SEORANG pakar bedah plastik digantung kerja selepas berkongsi video tidak sensitif menerusi aplikasi TikTok. Caren Trisoglio Garcia dari Sao Paulo, Brazil, baru-baru ini memuat naik video dia sedang memegang plastik berisi kulit dan lemak manusia, dipercayai milik salah seorang pesakitnya. Dalam video itu, dia kelihatan tersenyum sambil menari selepas selesai melakukan pembedahan. Susulan perkongsian video itu, dia kini digantung kerja, berkuatkuasa 8 April lalu. Jika siasatan mendapati dia bersalah, dia berhadapan risiko dibuang kerja. Video itu disifatkan tidak beretika dan tidak wajar dilakukan oleh seorang pakar bedah plastik. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!