suria

Pekerja pasar raya maut akibat Covid-19, isteri dedah suami sering mengadu pelanggan tak pakai pelitup muka

Rachel (kiri) mendedahkan mengenai pemergian suaminya yang merupakan pekerja di sebuah pasar raya. foto WALES NEWS SERVICE

SEORANG pekerja di sebuah pasar raya maut akibat dijangkiti Covid-19, dan pernah mengadu sering didatangi pelanggan yang tidak memakai pelitup muka.

Eric Ohene-Adjei, 46, yang disahkan positif Covid-19, dimasukkan ke Hospital Universiti Wales di Cardiff, United Kingdom apabila mengalami kesukaran bernafas.

Dia menghabiskan tujuh minggu di unit rawatan rapi (ICU) yang digambarkan isterinya, Rachel sebagai 'neraka' kerana dia sendiri tidak dapat berada di samping suaminya.

Ibu kepada tiga anak itu memberitahu dia dipanggil pada 7 April lalu untuk mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir tetapi suaminya kemudian secara tiba-tiba dapat bernafas tanpa alat bantuan pernafasan.

Namun, pada Isnin berikutnya, keadaan suaminya semakin merosot.

Menurut laporan Wales Online, Rachel dimaklumkan oleh doktor bahawa suaminya mengalami masalah di bahagian paru-paru.

Eric dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 pada 17 April.

Menurut Rachel, suaminya mengalami gejala selepas pulang dari syif lewat malam dan sering mengadu bahawa pelanggan-pelanggan datang ke pasar raya tanpa memakai pelitup muka.

"Orang ingat virus sekadar bahan jenaka tetapi tidak menyedari yang mereka merisikokan nyawa mereka dan orang tersayang.

"Ini bukan gurauan," katanya. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain