SEBUAH kereta klasik milik Ratu Elizabeth II kini berada di pasaran dan boleh dibeli oleh sesiapa sahaja. Kereta mewah Bentley Mulsanne itu pernah digunakan oleh baginda sekitar tahun 2013 sehingga 2015. Ia ditawarkan pada harga £200,000 (RM1.14 juta). Untuk rekod, ia pernah dipandu sejauh 4,010 kilometer (km) sahaja. Menurut pengarah pemasaran Bramley Motor Cars, Jack Morgan-Jones, dia berasa bertuah apabila dapat menguruskan penjualan kereta itu. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Kami pada tahun lepas pernah menjual sebuah Range Rover yang pernah digunakan oleh Obama. "Kereta Bentley milik baginda sangat unik. Sejarahnya sangat hebat," ujarnya. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!