suria

35 tahun jadi tukang cuci, wanita tinggalkan pesanan ‘deep’ kepada bos sebelum bersara

Dia memberi pesanan agar majikannya bersikap lebih baik pada masa akan datang.

DALAM alam pekerjaan, kita pastinya ada kisah tersendiri dengan majikan masing-masing.

Begitu juga dengan wanita ini yang sudah 35 tahun berkhidmat sebagai tukang cuci.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Enggan mendedahkan identiti, wanita itu meninggalkan nota menegur sikap pengurusnya pada hari terakhir dia bekerja.

Dalam nota itu, dia memberi pesanan agar majikannya bersikap lebih baik pada masa akan datang.

Dia dipercayai menerima layanan tidak adil oleh majikan di bank tempatnya bekerja.

Nota itu turut dimuat naik ke media sosial oleh anak tukang cuci tersebut sehingga ia menjadi tular.

Malah, ramai yang turut meninggalkan kata-kata semangat dan berkongsi kisah mereka sendiri. - Mirror.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain