suria

Pada mulanya disangka tujuh, ibu muda selamat lahirkan sembilan bayi kembar!

Halima selamat melahirkan sembilan bayi kembar di sebuah hospital di Maghribi.

JARANG-JARANG berlaku!

Seorang ibu muda menarik perhatian ramai apabila melahirkan sembilan bayi kembar.

Halima Cisse, seorang wanita berusia 25 tahun dari Mali selamat melahirkan kesemua bayi kembar berkenaan di sebuah hospital di Maghribi pada Selasa.

Cisse diterbangkan ke negara berkenaan setelah doktor mengesyorkan dia memerlukan rawatan yang lebih baik.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Wanita itu pada mulanya dijangka melahirkan bayi kembar tujuh, namun hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua lagi bayi di dalam rahimnya.

Kesemua sembilan bayi itu, lima perempuan dan empat lelaki dilahirkan dengan kaedah pembedahan dan berada dalam keadaan yang sihat, kata Menteri Kesihatan Mali. - India.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain