SEORANG warga emas dari Bradford, England mendakwa dirinya pernah diculik lebih daripada 50 kali oleh makhluk asing. Paula Smith, 50, berkata dia mempunyai bukti untuk menyokong dakwaannya itu. Menurut Paula, dia pertama kali melihat makhluk asing sewaktu kanak-kanak dan sejak daripada itu, dia kerap mengalami insiden paranormal sehingga tahun-tahun seterusnya. Paula juga mendakwa dia pernah berada di dalam UFO milik makhluk asing. "Kali pertama saya melihatnya (UFO) adalah pada 1982. Ketika itu saya berada di hutan dan keadaan tiba-tiba menjadi senyap. "Menurut keluarga saya, saya telah hilang selama empat jam, tetapi saya tidak ingat apa sebenarnya yang berlaku. "Saya tidak memberitahu sesiapa kerana saya tahu orang akan menganggap saya gila," katanya. Paula turut berkongsi gambar lebam pada anggota badannnya yang dikatakan 'ditinggalkan' oleh makhluk asing setiap kali 'diculik'. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Dia juga melukis rupa makhluk asing yang ditemuinya. "Saya sudah mengalami 52 insiden paranormal. Tiada petunjuk dan saya tak dapat tanda-tanda awal sebelum ia terjadi... sebaliknya ia hanya berlaku macam itu sahaja," katanya lagi. - Dailystar Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!