KEKEJAMAN rejim zionis Israel terhadap penduduk Palestin ternyata meruntun hati ramai. Malah, masyarakat global turut menunjukkan solidariti dan menzahirkan rasa simpati atas apa yang berlaku. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Selain sumbangan kewangan, rasa simpati turut dizahirkan dengan karya seni. Terbaharu, polis Kashmir menahan sekurang-kurangnya 20 individu termasuk pelukis graffiti kerana menunjukkan sokongan terhadap warga Palestin. Menurut ahli keluarga kepada pelukis graffiti dikenali sebagai Mudasir Gull, 32, pihak berkuasa cuba menghalang kebebasan berkarya lelaki itu. "Kenapa dia ditahan? Apa yang dia lakukan? Kenapa kerajaan sekat karya seni?" soal kakak kepada pelukis graffiti itu. Ujar keluarga, Gull mempunyai masalah kesihatan dan tidak patut ditahan untuk tempoh lama, ditambah pula dengan situasi semasa Covid-19. - Al-Jazeera. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!