suria

Tunang hidap kanser limfoma meninggal dunia, wanita kesal penganjur venue majlis kahwin enggan bayar ‘refund’

Kenangan... Fiona (kiri) bersama tunang, Guy. foto Mercury Press & Media

SEORANG wanita yang sedih dengan kematian pasangannya, kini berdepan isu bayaran balik sebanyak £4,000 (RM23,370) daripada penganjur venue majlis kahwinnya.

Fiona Boswell, 50, kehilangan pengantin lelaki, Guy Boswell, 50, pada Mac lalu akibat kegagalan jantung setelah menghidap kanser limfoma.

Pasangannya itu meninggal dunia selepas tujuh bulan didiagnosis penyakit tersebut.

Pasangan dari Norwich, Norfolk, United Kingdom itu sepatutnya diraikan dalam satu majlis di sebuah venue di Norfolk, pada Julai depan dengan kehadiran 100 tetamu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Susulan kematian tunangnya itu, Fiona terpaksa membatalkan majlis perkahwinan tersebut.

Pasangan itu segera disatukan dengan lesen khas pada Oktober lalu sebelum keadaan kesihatan suaminya bertambah buruk.

Mereka bagaimanapun berharap untuk meraikan hari bahagia mereka bersama keluarga dan rakan-rakan.

Fiona mendakwa penganjur venue kerana dia membatalkannya begitu hampir dengan tarikh majlis perkahwinan yang telah dirancang.

Dalam pada itu, kata Fiona, ia merupakan perkahwinan kedua buat mereka berdua dan mereka saling menyayangi. - Mirror

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain