ANAK perempuan kepada cef terkenal Gordon Ramsay membuka cerita dia pernah menjadi mangsa serangan seksual. Menurut Holy, dia menjadi mangsa sebanyak dua kali ketika berusia 18 tahun sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital selama tiga bulan. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Kata Holy, dia mengalami gangguan tekanan pasca trauma (PTSD) akibat kejadian itu. Kini, dia yang berusia 21 tahun membuka kisah itu dan memuji bapanya atas sokongan yang diberikan selama ini. Ujar Holy, cef berusia 54 tahun itu memberikan sokongan atas apa yang berlaku terhadap dirinya. Imbas Holy, kejadian berlaku ketika dia di universiti dan ia ternyata mengganggu kehidupannya sebagai pelajar. - Daily Star. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!