SEORANG pesakit mendakwa dia ternampak 'hantu' ketika sedang menerima rawatan di sebuah hospital di United Kingdom (UK). Enggan mendedahkan namanya, wanita itu berkata dia juga sempat merakam foto entiti misteri itu. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Dalam foto itu, kelihatan cahaya gelap seolah-olah kepala dan badan manusia. Jelasnya, dia melihat kelibat berkenaan sedang berjalan di koridor hospital. "Apabila saya keluar lif dan mula berjalan, saya rasa seram. "Saya rakam gambar untuk hantar pada keluarga. Tak lama selepas itu saya tengok semula dan sedar ada makhluk misteri," ujarnya. - Daily Star. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!