suria

Warga emas maut selepas pak guard hospital menyamar jadi doktor, lakukan pembedahan

Hospital-hospital di Lahore menyaksikan kes individu menyamar sebagai doktor dan menipu pesakit untuk mendapatkan wang. gambar hiasan - foto Getty

SEORANG wanita berusia 80 tahun maut selepas seorang bekas pengawal keselamatan di hospital menyamar sebagai doktor dan melakukan pembedahan ke atasnya, kata polis.

Wanita itu, Shameema Begum meninggal dunia pada Ahad, dua minggu selepas insiden Muhammad Waheed Butt melakukan pembedahan itu di sebuah hospital awam di Lahore, Pakistan.

Tidak dijelaskan apakah jenis pembedahan yang dilakukan oleh penyamar itu di dewan bedah, namun pesakit mengalami pendarahan di rumah selepas rawatan tersebut.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tindakan itu terbongkar selepas pesakit kembali ke hospital apabila keadaannya bertambah buruk.

Jurucakap Polis Lahore, Ali Safdar berkata, pengawal keselamatan itu telah didakwa dan berada dalam tahanan polis.

"Butt juga menyamar sebagai doktor dan juga melakukan lawatan ke atas pesakit lain," katanya.

Bedah siasatan dilakukan ke atas pesakit wanita bagi mengetahui punca kematian.

Butt didakwa dipecat dua tahun lalu kerana cuba memeras wang daripada pesakit-pesakit di sebuah hospital di Pakistan. - Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain