suria

Wanita mabuk hampir lemas, sanggup berenang 2 jam untuk jumpa dengan kekasih

Wanita itu lemas selepas dua jam berenang sebelum diselamatkan oleh beberapa petugas kapal berhampiran.

SEORANG wanita mabuk terpaksa diselamatkan apabila dia berenang ke tengah laut untuk bertemu teman lelakinya.

Wanita berusia 25 tahun itu membuat keputusan untuk berenang bagi bertemu dengan teman lelakinya yang sedang bertugas di atas sebuah kapal.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dia kemudiannya hampir lemas selepas dua jam berenang sebelum diselamatkan oleh beberapa petugas kapal berhampiran.

Kejadian itu berlaku pada 12 Jun lalu.

Setelah keadaan stabil, wanita itu kemudiannya dihantar semula ke Pelabuhan Padstow.

Untuk rekod, pada tahun lepas sahaja kira-kira 190 orang meninggal dunia di perairan United Kingdom dan Ireland itu. - Daily Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain