SEORANG jururawat yang menyuntik seorang lelaki menggunakan jarum suntikan 'kosong' tanpa vaksin Covid-19, diberikan surat tunjuk sebab di atas kecuaiannya. Kejadian tersebut berlaku pada 21 Jun lalu, di pusat vaksinasi yang padat di daerah Bihar Chapra, India. Bagaimanapun, insiden itu hanya menjadi perhatian baru-baru ini selepas lelaki yang bernama Azahar menyedari bahawa dia tidak diberikan dos vaksin Covid-19. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Rakan Azahar turut merakam video ketika jururawat bernama Chanda Kumari sedang bersiap sedia memberikan suntikan. Video tersebut menjadi tular di media sosial. Dalam video tersebut, kelihatan jururawat berusia 48 tahun itu sedang bercakap sambil membuka jarum suntikan baharu, namun tidak memasukkan vaksin Covid-19. - India.com Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!