DEK kerana malu selama tiga tahun melihat garis hitam kecil di kuku, Alana Severs membuat keputusan untuk menggunakan pengilat kuku berwarna merah bagi menutupinya. Wanita yang berusia 36 tahun itu menyedari perkara yang berlaku adalah tidak normal selepas membaca artikel di internet.ARTIKEL BERKAITAN : Gara-gara Alzheimer, pasangan berkahwin kali kedua selepas 12 tahun kerana si suami ‘terlupa’ Dia megambil keputusan untuk berjumpa dengan pakar dan hasil biopsi menunjukkan dia menghidap kanser melanoma iaitu sejenis barah kulit. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! Pakar bedah di Queen Alexandra Hospital, Portsmouth di England berjaya mengeluarkan tisu barah bersaiz lima milimeter dan kini dia tidak mempunyai kuku. Walaupun tiada kuku, Alana bersyukur kerana tindakannya membuat rawatan awal berhasil apabila kanser tersebut tidak merebak jauh. Alana, berasal dari Portsmouth, Hampshire, berkata oleh kerana ia hanya garis kecil, dia tidak pernah memikirkannya dan selalu memakai pengilat kuku untuk menutupinya kerana malu apabila melihatnya. Pada tahun 2017, dia melihat satu artikel dari laman web portal Cosmopolitan mengenai gejala yang tidak diketahui dan merasakan ada sesuatu yang berlaku pada kukunya. Dalam keadaan panik, Alana menunjukkan gambar kukunya pada rakan dan mengatakan ia hampir sama seperti apa yang ditunjuk dalam artikel tersebut. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Alana menganggap kejadian yang menimpa dirinya sebagai sesuatu yang tidak disangka-sangka berasa sangat bertuah kerana ia tidak merebak sehingga ke dalam darah. Segala-galannya kerana keinginan untuk membaca artikel dan terus mengambil keputusan untuk berjumpa pakar telah mengubah kehidupannya selama tiga tahun.