SEKUMPULAN guru di Rajasthan, India sanggup berkorban demi memastikan para pelajar di luar bandar tidak ketinggalan dalam pelajaran di tengah-tengah pandemik Covid-19.
Memahami sebilangan besar pelajar kurang berkemampuan dan tidak mempunyai akses internet untuk belajar secara atas talian (online), guru-guru ini mengambil inisiatif 'turun padang' untuk menyampaikan ilmu.
Kumpulan guru ini sanggup meredah gurun dengan menaiki unta semata-mata untuk pergi ke perkampungan yang terletak di luar bandar.
[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]
Pengarah Jabatan Pendidikan Rajasthan, Saurav Swami berkata: "Daripada 7,500,000 pelajar, ramai yang tidak memiliki telefon bimbit.
"Oleh itu, kerajaan negeri memutuskan bahawa guru akan pergi ke rumah mereka seminggu sekali untuk kelas gred 1 hingga 8, dan dua kali seminggu untuk kelas gred 9 hingga 12," katanya.
Usaha kumpulan guru ini mendapat pujian dan penghargaan daripada pentadbiran sekolah. - India.com
Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!