suria

Hasil tanaman sering hilang, tukang kebun warga emas ‘sound’ pencuri dengan cara unik... tampal puisi depan rumah

Tukang kebun warga emas itu bertindak memberi amaran menerusi puisi yang ditampal di pagar rumah.

SEORANG tukang kebun bertindak meninggalkan ‘nota’ kepada pencuri yang sering mencuri tanamannya.

Berang kerana tanaman yang ditanam di halamana rumahnya sering dicuri, tukang kebun tersebut menulis puisi khas dan ia ditampal pada pagar rumahnya bagi tujuan menghentikan perbuatan yang tidak bermoral itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Derita si tukang kebun, tercucuk paku dalam mata ketika bekerja

Tindakan tukang kebun tersebut telah mendapat perhatian warganet dan rata-ratanya bersetuju dengan cara tukang kebun itu ‘membahasakan’ orang yang memetik tanamannya tanpa kebenaran.

POKOK 2

Puisi yang ditulis oleh tukang kebun itu.

Namun ada juga yang menzahirkan rasa marah kerana berpendapat bahawa seseorang tidak sepatutnya mencuri tanaman daripada tukang kebun itu.

“Mencuri tanaman daripada warga emas sememangnya perkara yang tidak bermoral.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Siapa yang berani mencuri tanaman? Tak sangka, tanaman pun dia nak ambil, ” komen warganet.

Ramai yang berharap agar tukang kebun tersebut mendapat kembali tanamannya yang hilang dan pencuri itu terkesan selepas membaca puisi tersebut. - Mirror

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

curi tanaman, puisi, warga emas, kebun

Artikel Lain