SEORANG wanita tidak menyangka dirinya bergelar nenek pada usia seawal 38 tahun. Ibu tunggal yang berasal daripada Tasmania itu hamil pada usia 16 tahun. Lucy bergelar nenek selepas anak perempuannya, Mikalah melahirkan seorang bayi perempuan. ARTIKEL BERKAITAN: Jarak usia 13 tahun, ibu awet muda disangka sebaya dengan anak gadis "Saya seorang yang suka berfikiran positif. Saya akan pandang sesuatu perkara dengan penuh kegembiraan. "Saya belum fikir lagi gelaran yang saya akan minta cucu saya panggil apabila dia boleh bercakap nanti," kata Lucy. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Sepanjang bergelar ibu, Lucy memulakan harinya seawal pukul 4 pagi dan bekerja hingga lewat malam. Dia bagaimanapun bahagia dengan kehidupannya. "Saya mahu ibu muda tahu bahawa mempunyai anak pada usia muda adalah satu inspirasi untuk kita menjadi lebih baik. "Melahirkan Mikalah pada usia muda membuatkan saya rasa bermotivasi untuk meberikan yang terbaik untuk anak saya," ujar Lucy. - Mirror Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!