suria

Wanita pecah masuk klinik pergigian, cabut 13 batang gigi pesakit

Laurel Eich didakwa memecah masuk ke sebuah klinik gigi. foto Washoe County Sheriff’s Office

SEORANG wanita di Nevada, Amerika Syarikat (AS) didakwa kerana memecah masuk ke sebuah klinik gigi, mencuri wang dan mencabut 13 batang gigi seorang pesakit.

Laurel Eich yang bekerja di klinik pergigian bagaimanapun tidak memiliki lesen perubatan.

Menurut laporan New York Daily News, wanita itu membuat pengakuan kepada detektif bahawa dia melakukan prosedur mencabut 13 batang gigi daripada seorang individu yang tidak dikenali, dan menggunakan ubat bius yang dibuang oleh klinik pergigian.

Kejadian itu terbongkar apabila polis menyiasat insiden pecah masuk ke sebuah premis pergigian pada 3 Mei lalu.

Polis mengesan terdapat kesan pecah pada tingkap dan laci yang menyimpan wang tunai.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pejabat Sheriff Washoe County dalam satu kenyataan berkata, suspek yang telah melarikan diri mencuri sejumlah wang tunai dan cek bernilai hampir AS$23,000 (RM96,828).

Menurut kenyataan itu, insiden mencabut gigi secara haram itu berlaku pada hari berlainan sebelum kejadian curi.

Suspek ditahan pada Rabu dan didakwa atas dua pertuduhan iaitu mencuri dan melakukan rawatan tanpa lesen perubatan. - India Times

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan