suria

Pengantin lelaki ‘workaholic’ sempat siapkan kerja sebelum melangsungkan perkahwinan

Pengantin lelaki ini sempat menyiapkan kerja sebelum melangsungkan majlis perkahwinan.

WALAUPUN istilah 'bekerja dari rumah' sudah biasa bagi kebanyakan orang ketika musim pandemik Covid-19, namun barangkali kita tidak pernah melihat ada individu yang 'bekerja dari majlis perkahwinan'.

Sebuah video menjadi viral di media sosial di mana seorang pengantin lelaki dapat dilihat tekun menaip sesuatu pada komputer riba sewaktu majlis perkahwinannya sendiri.

Menerusi video tersebut, pengantin lelaki 'workaholic' itu sudah bersiap sedia duduk di kerusinya untuk melangsungkan perkahwinan namun dilihat sibuk meneliti komputer ribanya umpama perlu menyelesaikan kerja penting.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Keadaan itu menyebabkan para tetamu dan pengantin perempuan terpaksa menunggu lelaki berkenaan menyelesaikan kerjanya sebelum upacara dapat diteruskan.

Malah pengantin perempuan dilihat tertawa apabila menyaksikan gelagat bakal suaminya.

Video tersebut telah dimuat naik di Instagram dua hari lalu dan meraih lebih 7,000 jumlah tontonan dan tanda suka. - India.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain