MODEL Instagram Jake Andrich tampil berkongsi rahsia keyakinan dirinya. Ujar jejaka berusia 24 tahun itu, tatu pada badan seolah-olah membawa semangat baharu sekaligus membuatkan dia lebih yakin. Selain pada bahagian lengan, dia turut mendapatkan tatu pada bahagian dada dan leher. Dalam pada itu, dia mengakui tidak pernah menjalani diet ketat, sebaliknya hanya mengamalkan kaedah puasa berselang atau intermittent fasting. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Untuk rekod, pemuda dari Kanada itu baru sahaja diumumkan sebagai peserta pertama dalam pertandingan Mister Bumbum tahun ini. Pertandingan itu diadakan untuk meraikan punggung paling cantik di Brazil. Edisi kali ini menyaksikan versi lelaki akan diadakan buat pertama kali. - Daily Star. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!