suria

Geng antivaksin dipersalahkan jadi punca peningkatan kes Covid-19

Lebih 97 peratus individu yang dimasukkan ke hospital di AS disebabkan Covid-19 pada pertengahan Julai adalah mereka yang menolak vaksin.

GOLONGAN antivaksin dikritik hebat kerana dikatakan menjadi punca gelombang peningkatan kes Covid-19 di Amerika Syarikat (AS).

"Semakin ramai warga Amerika yang menolak vaksin jatuh sakit disebabkan varian Delta yang sangat mudah tersebar dan keadaan mereka kebiasaannya kritikal.

"Lebih 97 peratus individu yang dimasukkan ke hospital disebabkan Covid-19 pada pertengahan Julai adalah mereka yang menolak vaksin," kata Dr Rochelle Walensky, pengarah di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

ARTIKLE BERKAITAN: Donald Trump pekak, tsunami landa Asia 2021 dan dunia kiamat 5079 antara ramalan nenek buta

ARTIKLE BERKAITAN:Wanita dakwa UFO mendarat di belakang rumahnya

Situasi ini sudah dijangka dan sebab itulah ahli politik serta pakar kesihatan melepaskan kemarahan kepada golongan antivaksin.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ini bukan pandemik yang berlaku disebabkan ketidaktahuan.

"Peningkatan ini (kes dan kemasukkan ke hospital di Los Angeles) disebabkan kebodohan (golongan antivaksin)," lapor Santa Monica Daily Press menerusi editorialnya.

Kadar keberjangkitan yang tinggi dalam kalangan golongan antivaksin meningkatkan risiko pada orang lain dan beberapa lagi tajuk berita di negara terbabit jelas mengambarkan kemarahan kumpulan yang telah mengambil vaksin.

Malah mereka menggelar golongan antivaksin di Amerika sebagai 'sombong', 'pentingkan diri', 'bodoh' dan lain-lain.

Namun pakar kesihatan memberitahu USA Today bahawa tindakan melemparkan kemarahan kepada golongan ini hanya akan menyebabkan mereka bersikap lebih menjauhi vaksin.

Stephani McClure yang mengetuai pasukan CommuniVax di Tuscaloosa, Alabama berkata tindakan memalukan dan menghina orang lain bukanlah cara paling efektif untuk mengalakkan mereka mengikut kehendak kita.

CommuniVax merupakan sebuah gabungan kumpulan yang menyokong populasi kulit hitam, Orang asli dan Latino yang tidak dilindungi ketika pandemik Covid-19.

McClure berkata golongan antivaksin wujud disebabkan rasa ragu, takut, mendapat maklumat salah atau tidak mempercayai pihak berkuasa.

Katanya, golongan Afrika Amerika antara yang terjejas disebabkan pandemik disebabkan sistem kesihatan US tidak melayan mereka dengan adil

"Ini juga menjadi sebab ada antara mereka yang tidak percaya dan tidak mempunyai motivasi untuk mengambil vaksin," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

antivaksin, Covid-19

Artikel Lain