suria

Quentin Tarantino bersumpah enggan berkongsi walau sesen pun untuk ibunya

Quentin Tarantino merupakan salah seorang pengarah terkenal di dunia dan pernah memenangi dua anugerah Oscar. — AGENSI.

PENGARAH terkenal, Quentin Tarantino mendedahkan bahawa beliau pernah bersumpah untuk tidak memberikan ibunya, Connie Zastoupil McHugh walau satu sen kerana menghina skrip penulisannya ketika muda.

Tarantino memberitahu rancangan The Moment, ibunya pernah mengejek dan memperkecil-kecilkan dirinya ketika beliau sedang menulis suatu ketika dulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendam rasa dari kecil hingga ke usia 20an, gadis alami depresi akibat mangsa herdikan emak... siap digelar anak derhaka!

“Apabila dia berkata begitu kepada saya dalam nada sarkastik, saya berbisik di dalam kepala: "Baiklah, apabila saya menjadi seorang penulis yang berjaya, anda tidak akan dapat walau satu sen pun daripada kejayaan saya.

“Tiada rumah untuk anda, tiada percutian untuk anda, tiada kereta mewah Cadillac untuk anda. Ibu tidak akan mendapat apa-apa disebabkan anda berkata sebegitu,” katanya pengarah berusia 58 tahun itu.

Hos The Moment, Brian Koppelman yang seakan-akan terkejut mendengar pengakuan Tarantino kemudiannya bertanya sama ada beliau betul-betul berpegang kepada kata-kata sumpahnya itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Ya. Memang saya ada membantunya selesaikan masalah dengan IRS, tetapi tetap tiada rumah dan tiada Cadillac untuknya,” jawab Tarantino.

Mendengar penjelasan Tarantino, Koppelman kemudiannya mendesak pengarah itu untuk tetap membelikan ibunya rumah dan menjelaskan bahawa kata-kata Connie mungkin telah menjadi dorongan untuk berjaya, namun ia tidak dipersetujui Tarantino.

“Setiap apa yang anda katakan kepada anak-anak anda ada akibatnya. Ingat, ada akibat untuk nada sarkastik anda terhadap perkara yang bermakna bagi mereka.” balas Tarantino.

Masih tidak diketahui di mana lokasi terkini Connie, namun media difahamkan dia masih hidup dan telah berusia 75 tahun.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

quentin tarantino, ibu, dendam

Artikel Lain