suria

Selepas 10 tahun berkhidmat, lelaki umum berhenti kerja gara-gara datang lewat 15 minit

Seorang pekerja membuat pengumuman secara terbuka di tempat kerja. foto TikTok/jvoguee

SEORANG pekerja syarikat penerbangan yang berdedikasi membuat keputusan untuk berhenti kerja, selepas dilabel 'lewat ke tempat kerja selama 15 minit'.

Kisahnya yang membuat pengumuman secara terbuka menjadi tular selepas seorang pengguna aplikasi TikTok membuat perkongsian mengenainya.

Menerusi perkongsian tersebut, pekerja berkenaan dikatakan berdiri di hadapan meja yang tertera logo syarikat penerbangan itu sebelum membuat pengumuman.

"Hai semua, nama saya Gregory Watkins, dan saya telah bersama dengan syarikat ini selama 10 tahun, bulan depan menjadikannya tahun ke-10," katanya sambil rakan-rakannya memberikan tepukan.

"Jadi minggu lalu, saya mengalami kejadian dengan datang lewat selama 15 minit.

"Saya minta selama 15 minit, mereka katakan tidak. Saya beri mereka 10 tahun kehidupan saya, kenapa mereka tak boleh berikan saya 15 minit?

"Jadi saya di sini untuk mengumumkan bahawa saya mahu berhenti, dan lebih baik saya periksa bonus juga," tambahnya.

Seorang netizen meminta lelaki itu agar tidak membuat keputusan tergesa-gesa untuk berhenti kerja.

"Jangan berhenti! Biarkan mereka pecat kamu, dapatkan bonus dan (faedah) pengangguran," kata lelaki itu. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain