PASANGAN kembar siam berusia setahun akhirnya dapat tidur berasingan buat pertama kali selepas berjaya dipisahkan. Pakar bedah melakukan pembedahan yang rumit untuk mengubah hidup kepada dua bayi perempuan tersebut, dan ia berjaya diselesaikan pada cubaan kali ke-20. Pembedahan selama 12 jam itu membolehkan kembar yang dilahirkan bercantum di bahagian belakang kepala, dapat memandang antara satu sama lain buat pertama kali. Kedua-dua mereka memerlukan pembinaan semula kranial dan cantuman kulit kepala, tetapi ia pulih dengan baik. Terdahulu, puluhan pakar disenarai pendek dari seluruh dunia untuk merancang pembedahan yang sukar itu, pertama kali seumpamanya di Israel. Ketua pakar saraf pediatrik di Pusat Perubatan Soroka, Beersheba, Mickey Gideon menggelarkan pembedahan itu sebagai 'jarang berlaku dan kompleks'. Pasangan kembar itu dirakamkan menghadap satu sama lain, di mana kepala masing-masing dibalut. - Metro UK Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI