CINTA tiga segi sememangnya merumitkan, sehingga terpaksa diselesaikan dengan balingan syiling. Begitulah yang berlaku di Sakleshpur Taluk, di Karnataka di India. News18 melaporkan, ia bermula setahun lalu apabila seorang lelaki berusia 27 tahun dari kampung Sakleshpur, jatuh hati dengan seorang gadis berusia 20 tahun di kampung sebelah. Enam bulan kemudian, lelaki yang sama jatuh hati dengan seorang gadis lain dari sebuah kampung. Kisah percintaan pemuda itu dengan dua gadis terbongkar apabila seorang saudara terserempak dengan lelaki berkenaan bersama salah seorang kekasihnya. Keluarganya bersemuka mengenai perkara itu, dan lelaki tersebut memaklumkan dia mencintai gadis berkenaan dan mahu mengahwininya. Hasrat itu bagaimanapun dibantah keluarganya, yang kemudian mahu mengahwininya dengan orang lain secepat mungkin. Salah seorang daripada kekasihnya mengetahui perkara tersebut dan memaklumkan kepada keluarganya mengenai perasaannya terhadap lelaki itu. Akhirnya, keluarga kedua-dua gadis tampil di rumah keluarga lelaki tersebut. Lelaki berkenaan (kanan) bersama salah seorang gadis yang dicintainya. foto News18 Susulan kejadian itu, seluruh kampung mengetahui mengenai kisah cinta tiga segi mereka. Majlis jawatankuasa kampung atau dikenali sebagai panchayat kemudian tampil untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Pada mulanya tiada jalan penyelesaian, namun balingan syiing dicadangkan bagi memutuskan gadis mana yang akan berkahwin dengan lelaki berkenaan. Sehingga saat itu, lelaki tersebut tidak menyuarakan hasratnya mahupun membincangkan mengenai keputusannya. Menurut laporan News18, terdapat dua versi yang berlaku dalam panchayat walaupun kedua-duanya menunjukkan kesimpulan yang sama. Versi pertama mengatakan bahawa ia memihak kepada gadis pertama (gadis yang cuba membunuh diri) dan lelaki itu dengan senang hati bersetuju untuk menikahinya. Namun, terdapat versi kedua di mana lelaki itu akhirnya membuat keputusan dan memilih gadis pertama yang sanggup menggadai nyawa sekiranya tidak dapat berkahwin dengannya. - India Times Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI