SEORANG kanak-kanak berusia enam tahun koma gara-gara terkena sebatang besi pada bahagian belakang kepalanya. Alex Hook pada ketika itu sedang bermain di luar kawasan sekolah mengalami kecederaan otak yang teruk akibat hentakan sebatang besi berukuran 12 inci. Ibu dan ayahnya, Caryn dan Kirbey Hook bimbang akan anak kecil mereka, yang kini tidak sedarkan diri sejak 10 September. Menurut keluarganya, seorang tukan kebun memotong rumput di belakang Riverview Elementary di Silver Lake, Wisconsin dimana tempat kanak-kanak itu bermain. Kira-kira jam 11.30 pagi, mesin pemotong rumput bergerak di atas serpihan besi sebelum ia terpelanting ke arah Alex. Besi tersebut terkena pada bahagian belakang kepala Alex dan menyebabkan dia tidak sedarkan diri lalu mula mengalami sawan. Pihak sekolah menghubungi Caryn dan ambulans untuk memaklumkan kepada mereka mengenai kemalangan itu. "Saya sangat terkejut tetapi segera menenangkan diri dan bergegas ke sekolah. "Saya tidak tahu betapa parah kecederaannya sehingga melihat Alex berada di tanah dala keadaan berdarah di kepalanya dan mengalami kekejangan," katanya. Dia dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan kecemasan untuk menghilangkan serpihan besi terbesar, serta mengeluarkan beberapa bahagian yang sihat untuk menghilangkan tekanan. -MIRROR Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!