suria

Misteri kehilangan remaja jadi tanda tanya, polis siasat imej dikesan melalui Google Maps

Imej satu kelibat dikesan di sebuah bangsal dekat lokasi terakhir Leah dilihat. foto Google Maps

POLIS sedang menyiasat susulan seorang remaja yang hilang dikesan oleh orang awam menerusi aplikasi Google Maps.

Leah Croucher, 19, hilang ketika bejalan kaki ke tempat kerja pada 15 Februari 2019.

Seorang pengguna aplikasi itu melihat foto sebuah gudang, dipercayai berkaitan dengan kehilangan remaja itu.

Imej menerusi Google Maps itu diambil pada Mac 2019, menunjukkan ia kelihatan seperti bayangan di sekitar pintu sebuah bangsal.

Menurut laporan The Mirror, polis mengesahkan mereka sedang menyiasat foto yang diserahkan kepada mereka oleh pihak amatur.

Foto tersebut diambil di perkarangan sebuah rumah besar di Eaton Bray di England, terletak 29 kilometer (km) dari Milton Keynes di Buckinghamshire, di mana tempat tinggal Leah.

Menurut laporan MKCitizen, rumah itu dan kawasan sekitar diperiksa polis dua tahun lalu. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain