suria

Sakan bergambar, wanita Rusia tayang punggung dekat rumah presiden dipenjara 14 hari

Jelas Rita, dia tidak berniat untuk menyakiti hati sesiapa dengan tindakannya.

PERBUATAN tidak senonoh wanita ini membawa padah apabila dia dikenakan hukuman penjara 14 hari.

Rita Fox dijatuhkan hukuman itu selepas dia bergambar sambil menunjukkan bahagian punggunya dihadapan sebuah gereja di Rusia.

Malah, gereja itu juga terletak berdekatan dengan kediaman rasmi Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Jelas wanita itu, dia tidak berniat untuk menyakiti hati sesiapa dengan tindakannya.

"Saya seorang yang cintakan negara. Saya sayang Rusia. Ini kali pertama saya ke Kremlin dan Red Square," ujarnya.

Dalam pada itu, seorang lagi influencer turut ditahan di Rusia pada minggu lalu selepas dia menayangkan punggungnya dihadapan sebuah gereja.

Difahamkan, budaya tidak senonoh sebegitu sedang menjadi trend di Rusia. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain