KEJADIAN melibatkan pelanggan yang enggan membayar harga makanan bukanlah satu perkara yang asing. Malah, sudah acap kali kes sedemikian dilaporkan berlaku. Kali ini, pemilik restoran Los Amigos Steak House and Mexican Cuisine di Liverpool turut berhadapan kejadian sama. Dalam posting di Facebook, dia turut berkongsi amaran buat empat pelanggan lelaki tersebut. Dalam posting berkenaan, dia memohon mereka agar datang membuat bayaran dalam tempoh seminggu atau laporan polis akan dibuat tidak lama lagi. Dakwa pengusaha restoran itu, pelanggan berkenaan memesan dua set hidangan BBQ, nachos, burger dan beberapa seleksi minuman pada harga £96.20 (RM542.83). - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI