suria

Guru sukarela ‘kuarantin’ dalam tandas pesawat selama 5 jam selepas didapati positif Covid-19, elak menjangkiti penumpang lain

Marisa Fotieo sempat merakam video ketika menjalani 'kuarantin' dalam tandas pesawat.

SEORANG guru sekolah dari Amerika Syarikat secara sukarela 'mengurungkan' dirinya di dalam tandas pesawat selama kira-kira lima jam selepas dia mendapati dirinya positif Covid-19.

Ketika dalam penerbangan ke Chicago dari Iceland pada 20 Disember lalu, guru sebuah sekolah di Michigan, Marisa Fotieo merasakan tekaknya sakit dan memutuskan untuk membuat ujian kendiri Covid-19.

Tekaan guru tersebut benar di mana dia mendapati dirinya positif Covid-19 selepas melakukan ujian kendiri.

"Saya mengambil kit ujian pantas dan membawanya ke tandas untuk melakukan ujian. Dan akhirnya saya dapati terdapat dua garisan pada indikasi alat ujian itu," kata Fotieo kepada NBC News.

"Terdapat 150 orang dalam penerbangan yang sama, dan ketakutan terbesar saya ialah menjangkiti mereka," katanya lagi.

Fotieo turut berkongsi video di aplikasi TikTok ketika dia 'mengurungkan diri' dalam tandas pesawat. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain