PERBUATAN seorang tukang urut yang merakam aksi pelanggannya sedang berbogel akhirnya terbongkar. Tamas Dominko, 35, kantoi selepas pelanggan tersebut menyedari dia menyebunyikan sebuah telefon bimbit yang digunakan untuk membuat rakaman video. Kejadian tersebut berlaku pada Julai tahun lalu. Menurut pendakwa kes berkenaan, mangsa menyedari peranti tersebut diletakkan di atas rak ketika dia sedang diurut lelaki tersebut. "Ia membuatkan saya rasa terkejut dan tak selamat. Saya tak tahu bagaimana nak berhadapan dengan hal itu ketika sedang diurut. "Saya sedar sedang dirakam ketika diurut. Namun saya tak terdaya nak buat apa-apa. Saya berada di dalam bilik bersama Tamas. Saya risau apa-apa akan berlaku," ujar mangsa dalam satu kenyataan. Selepas dibicarakan, Dominko, dari Teddington, London, mengaku bersalah dan dikenakan hukuman selama 12 bulan. Selain mengikuti program bagi pesalah seks, dia juga perlu menjalani kerjay komuniti selama 100 jam tanpa bayaran. - Mirror. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI