suria

Ratu Elizabeth cari pembuat puding paling sedap

Ratu Elizabeth sedang mencari pembuat puding tersedap di UK dan akan dinobatkan sebagai pencuci mulut kebangsaan.

RATU Elizabeth sedang mencari pembuat puding tersedap di United Kingdom dengan menganjurkan pertandingan dan hidangan itu akan dinikmati semasa The Big Jubilee Lunch pada Ahad.

Perayaan Queen’s Platinum Jubilee bakal berlangsung nanti turut mencari individu yang mampu menghasilkan pencuci mulut yang akan dinobatkan sebagai hidangan kebangsaan baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: YouTuber hidap penyakit progeria meninggal dunia pada usia 15 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk gempar dilanda ‘hujan’ kacang soya

Ketua chef untuk Ratu Elizabeth menasihatkan peserta untuk bersederhana dalam menghasilkan puding tersebut tetapi tetap elegan bukannya terlalu cerewet atau terlalu rumit.

Pertandingan tahun ini diharapkan dapat mencari resepi puding baharu yang boleh menjadi terkenal seperti Victoria Sponge, yang dinamakan sempena Ratu Victoria.

Juri terlibat untuk mengadili acara tersebut termasuklah chef bintang Dame Mary Berry, Masterchef Monica Galetti dan ketua chef Ratu elizabeth sendiri, Mark Flanagan.

Resipi pemenang akan dikongsikan supaya orang ramai boleh mencuba dan menikmatinya semasa The Big Jubilee Lunch pada Ahad.

"Saya harap semua orang yang menyertainya bergembira dan saya ucapkan selamat maju jaya," ujar Dame Mary. - Geo News

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain