suria

Bayi tiba-tiba terjaga, ibu terpaksa dukung sambil sampaikan laporan ramalan cuaca

Rebecca menyampaikan laporan ramalan cuaca sambil mendukung bayinya.

SATU klip video 'comel' yang tular di media sosial memaparkan seorang penyampai berita mendukung bayinya, benar-benar membuatkan netizen 'cair'.

Rebecca Schuld, seorang penyampai berita dari Wisconsin, Amerika Syarikat, dilihat mendukung bayinya yang berusia tiga bulan ketika menyampaikan ramalan cuaca untuk CBS 58 News.

Laporan oleh Daily Mail mengatakan bahawa Rebecca, 42, telah bekerja dari rumah kerana sekatan berkaitan Covid-19 selepas cuti bersalinnya tamat.

Semasa bekerja dari rumah, anak perempuannya terjaga dari tidur ketika dia mahu mula menyampaikan laporan ramalan cuaca.

Dia kemudian memutuskan untuk menyampaikan laporan ramalan cuaca bersama bayinya.

"Saya hanya beberapa minit lagi mahu bersiaran, dan kemudian bayi saya terbangun. Saya mendukungnya ke skrin hijau dan penerbit kami berkata, 'Oh, bayi anda, adakah dia akan turut serta?'

"Saya berkata, 'pasti!'. Saya sangat yakin bayi saya akan berkelakuan baik kerana dia telah mendapat tidur yang cukup," katanya lagi. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain