suria

Wanita gempar babi hutan pecah masuk rumah, selamba berehat atas sofa

Seekor babi hutan dilihat berada di atas sebuah sofa. foto Police Hagen/Cover Images

SEORANG wanita digemparkan dengan seekor babi hutan yang memecah masuk ke rumahnya dan 'berehat' di atas sofa.

Wanita itu berkata, dia masuk ke ruang tamu dan mendapati seekor binatang besar bersantai di dalam rumahnya di Hagen, Jerman pada 4 Februari lalu.

Babi hutan itu dengan jarak hanya tiga meter daripadanya kelihatan begitu selesa tidak menyedari kehadirannya.

Polis berkata, pemilik rumah menutup pintu serta-merta dan pegawainya bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenai insiden pecah rumah itu.

"Babi hutan itu telah merosakkan perabot dan membuat dirinya selesa di atas sofa di ruang tamu.

"Ia mungkin masuk ke tingkat bawah melalui pintu. Bila ditutup, ia terperangkap," kata Polis Hagen dalam satu kenyataan.

Babi hutan itu bagaimanapun dengan mudah keluar berjalan-kalan selepas mereka membuka pintu berkenaan.

Menurut laporan Zenger News, haiwan berbahaya itu kemudian melompat ke atas pagar. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain