suria

Lelaki nyaris maut sendirian atas gunung, fungsi canggih iPhone jadi penyelamat

Mangsa menggunakan ciri SOS Kecemasan pada telefon Apple, membolehkannya dia membuat panggilan kecemasan. Foto: Apple Insider.

TEKNOLOGI sekali lagi berjaya membuktikan manfaatnya kepada manusia.

Baru-baru ini, nyawa seorang peluncur salji berjaya diselamatkan dengan fungsi panggilan kecemasan yang tersedia pada iPhone.

ARTIKEL BERKAITAN: Beli iPhone ‘online’, pemuda kesal hanya terima coklat dibalut tisu tandas berbau

Insiden itu berlaku pada Mac, ketika Tim Blakey sedang meluncur sendirian di atas glasier di Alps, Zermatt, Switzerland.

Pada mulanya, aktiviti sukan tersebut berjalan dengan agak lancar. Namun, masalah bermula apabila Blakey cuba meluncur menuruni bukit.

Ketika berada di ketinggian 3,048 meter (10,000 kaki), Blakey tiba-tiba terjatuh ke dalam celah jurang ais, dengan kedalaman lima meter.

Dalam situasi cemas, Blakey cuba mencapai iPhone miliknya yang hanya mempunyai tiga peratus cas bateri.

Lelaki berusia 41 tahun itu cuba menggunakan ciri SOS Kecemasan pada telefon Apple, yang membolehkannya menghantar mesej kepada orang lain yang didaftarkan sebagai kenalan kecemasan, serta membuat panggilan kecemasan.

Ciri bantuan kemudiannya diaktifkan dengan menekan butang on/off sebanyak lima kali berturut-turut. Usaha Blakey ternyata membuahkan hasil.

Ciri panggilan kecemasan yang terdapat pada iPhone berjaya memanggil pasukan penyelamat "Swiss Rescue" melalui sambungan rangkaian 3G, diikuti percubaan menyelamat Blakey dari lubang itu.

Selepas dikeluarkan dari lubang tersebut, Blakey segera dikejarkan ke hospital bagi merawat kecederaan buku lali yang dialaminya.

Dia selamat tiba di London pada malam yang sama selepas insiden tunggal itu.

Untuk rekod, Blakey sudah terlibat dalam hobi itu selama 17 tahun. - Kompas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain