GARA-gara takut dikenakan tindakan atas kesalahan trafik, seorang penunggang motosikal menutup nombor pendaftaran menggunakan seluar dalam warna merah jambu. Aksi wanita berkenaan dirakamkan di Lamongan di Jawa Timur, Indonesia. Menerusi keterangan video yang dikongsi di akaun Instagram @beritalamongan, ia menyebut: "Mahu ketawa takut dosa." Sumber video tersebut daripada akaun @tse.arth. View this post on Instagram A post shared by BERITA LAMONGAN (@berita_lamongan_) Difahamkan, tindakan wanita itu menutup nombor pendaftaran kenderaannya kerana takut dikesan oleh Penguatkuasaan Undang-undang Trafik Elektronik (ETLE) yang digunakan secara aktif oleh pihak polis, termasuk di Lamongan. Susulan penularan video tersebut, Ketua Polis Lamongan, AKP Aristianto Budi Sutrisno berkata, pihaknya berjaya mengesan penunggang motosikal berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Roadblock bukan biasa-biasa, pengguna jalan raya berhemah dapat hadiah minyak masak Menurutnya, dalam pertemuan itu, mereka menjelaskan mengenai pelaksanaan ETLE. Aris berkata, semua penunggang motosikal tidak perlu bimbang atau takut selagi mereka mematuhi peraturan lalu lintas. "Pada masa ini, Polis Lamongan dan polis di Jawa Timur mempergiatkan penggunaan ETLE Mudah Alih atau INCAR dan ETLE statik. "Tetapi selagi pengguna jalan raya tidak menyalahi peraturan, mengapa mereka perlu takut?" kata Aris. Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa ETLE hanya bertujuan untuk mengesan individu yang melanggar peraturan lalu lintas. - Kompas Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI