VIDEO memaparkan seekor ular yang mempunyai dua kepala, tular di media sosial. Ular tersebut ditemui di kawasan taman di rumah seorang penduduk di Afrika Selatan. Penyelamat ular, Nick Evans berkongsi foto dan video mengenai penemuan reptilia tersebut, yang dikenali sebagai spesies ular 'pemakan telur Southern Brown', di laman Facebook miliknya. Dalam perkongsian di laman sosial itu, Evans berkata dia dihubungi oleh seorang lelaki yang memintanya menangkap ular berkenaan yang ditemui merayap di tamannya. Lelaki itu enggan mencederakan ular tersebut lebih-lebih selepas mendapati reptilia berkenaan unik dan aneh kerana berkepala dua, lantas dia segera meminta bantuan Evans. Evans berkata ular itu kini selamat dalam jagaan pihak yang bertanggungjawab. "Ia bukan spesies berbahaya. Tiada gunanya melepaskannya. Setakat yang saya tahu, spesies ini biasanya tidak hidup lama," ujarnya. - India.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI