suria

Bisnes paling tak masuk akal… Wanita raih untung jual mayat, guna wang untuk bercuti ke taman tema

Hess ketika berada di luar rumah mayat di Colorado.

SEORANG usahawan telah menjual mayat untuk mendapatkan wang yang digunakan untuk pergi bercuti bersama keluarga.

Megan Hess, 45, mengambil mayat dari 2010 hingga 2018 dan kemudian berbohong kepada keluarga si mati kononnya jasad orang tersayang mereka telah dibakar.

Dia kemudiannya memberikan sebuah balang yang penuh berisi abu palsu, iaitu campuran konkrit, kepada waris si mati sebagai ganti.

Hess sebelum ini menafikan semua tuduhan jenayah yang dikenakan terhadapnya, namun akhirnya dia membuat pengakuan bersalah di mahkamah pada awal Julai.

Siasatan FBI mendapati bahawa Hess memalsukan berpuluh-puluh borang kebenaran penderma mayat di rumah pengebumiannya Sunset Mesa, Montrose, Colorado.

Hess dan ibunya, Shirley Koch telah menjalankan sindiket menjual kepala, lengan, tulang belakang dan kaki untuk penyelidikan perubatan dan lebih mengerikan lagi dia mengekstrak dan menjual gigi emas milik si mati.

Mengenakan $1,000 (RM4,428) setiap pembakaran mayat, hasil keuntungandiperolehnya digunakan untuk membiayai perjalanan pergi bercuti bersama keluarga ke Walt Disney World.

Sebelum menukar kepada pengakuan bersalah baru-baru ini, Hess bakal berdepan perbicaraan beberapa minggu akan datang.

Manakala ibunya yang juga sebelum ini mengaku tidak bersalah dijangka menghadiri perbicaraan pertukaran pengakuan pada 12 Julai.

Jika sabit kesalahan, Hess bakal berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain