suria

Gambar zaman muda Putera William, Kate berparti hingga mabuk tersebar di media sosial

Gambar pasangan diraja ini berparti sewaktu masih bujang berlegar di media sosial.

SENTIASA tampil dengan imej sopan dan bersih di khalayak, pewaris takhta Britain, Putera William dan isterinya, Kate Middleton juga menjalani kehidupan yang normal seperti orang lain ketika zaman muda.

Baru-baru ini, tersebar video di media sosial memaparkan gambar Duke dan Duchess of Cambridge itu ketika masih bujang dan berusia sekitar 20an, sedang berparti sehingga mabuk.

Klip tersebut turut memaparkan gambar pasangan berkenaan meninggalkan kelab malam selain menghabiskan masa dengan rakan-rakan.

Video tersebut yang dimuat naik di TikTok, sehingga kini meraih lebih daripada empat juta jumlah tontonan.

Dalam ruangan komen, rata-ratanya memuji kejelitaan Kate yang terserlah sejak daripada muda walaupun dalam keadaan rambutnya kurang terurus sewaktu seronok berparti.

"Kate sangat cantik", tulis seorang warga maya.

"Mereka juga sama seperti semua orang muda lain... itu normal," demikian komen yang lain pula.

Pasangan diraja tersebut bertemu di Universiti of St Andrews pada tahun 2001, sebelum menjalin ikatan yang lebih serius.

Mereka memeterai ikatan perkahwinan pada 29 April 2011 dan kini dikurniakan tiga cahaya mata, Putera George, 8, Puteri Charlotte, 7, dan Putera Louis, 4 tahun. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain