PASANGAN kembar siam dari Brazil yang bercantum pada bahagian kepala berjaya dipisahkan dengan bantuan pakar bedah neuro di Britain. Bernardo dan Arthur Lima, yang dilahirkan dengan otak bercantum menjalani beberapa pembedahan di Rio de Janeiro, dengan arahan pakar bedah kanak-kanak Hospital Great Ormond Street Noor ul Owase Jeelani. Kanak-kanak berusia tiga tahun itu mempunyai tujuh prosedur pembedahan yang melibatkan lebih daripada 27 jam masa operasi dalam pembedahan terakhir sahaja, dan hampir 100 kakitangan perubatan. Pengasas Gemini Untwined iaitu badan amal yang membiayainya, Jeelani berkata, ia adalah satu proses pemisahan paling kompleks yang pernah diselesaikan dan disifatkan sebagai 'space-age stuff'. Bernardo dan Arthur Lima bercantum pada bahagaian otak. Ia berikutan pakar bedah di London dan Rio menghabiskan masa berbulan-bulan menguji teknik menggunakan unjuran realiti maya kembar berdasarkan imbasan CT dan MRI. Malah tambahnya, pembedahan itu merupakan kejadian pertama di dunia yang mana pakar bedah di negara berasingan beroperasi di pembedahan yang sama di bilik 'virtual reality'. Bercakap tentang aspek VR pembedahan itu, Jeelani berkata, ia sungguh mengagumkan kerana dapat melihat anatomi dan melakukan pembedahan sebelum meletakkan 100 peratus risiko kepada kanak-kanak. - Mirror.uk Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI