SEORANG model mengejutkan pemandu bas dan para penumpang apabila menaiki pengangkutan awam itu dengan hanya memakai pakaian dalam. Francia James berkongsi klip dirinya menaiki bas di Washington DC, Amerika Syarikat untuk bekerja di jalan 69th. Namun, dia hanya memakai coli dan seluar dalam serta kasut tumit tinggi. Menerusi klip video yang dikongsi di laman Instagram, Francia dilihat membayar tambang untuk menaiki bas di sebuah stesen. Jom singgah ke TikTok mStar! @mstarmalaysia Ikuti kisah Encik Tan dalam menggubah seni tradisional origami kepada karya seni yang boleh pakai ala Malaysia Leret ke atas untuk menonton video penuh sekarang!#mstar ♬ original sound - mStar Official Bagaimanapun, pemandu bas yang kelihatan terkejut dengan penampilannya sebelum memintanya supaya keluar dari bas. Perkongsian video tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengikut. Kejadian itu bukan pertama kali berlaku, Francia pernah membuat kejutan dengan menyamar sebagai Spider-Man, hanya memakai seluar dalam dan badan disembur cat di sebuah pusat beli-belah pada 2019. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI