ANEH! Ribuan ikan termasuk pari didapati terdampar mati di persisiran Manning Park, Australia minggu lalu. Susulan itu, penduduk setempat mempersoalkan kualiti air tersebut sama ada sesuai digunakan untuk aktiviti berenang mahupun memancing. "Saya pergi pada pagi Sabtu, terdapat ribuan ikan terdampai di persisiran pantai. "Mungkin akan ada banyak lagi yang mati kerana jumlah ikan yang terdampar semakin meningkat," ujar penduduk, Tonyn Povey. Dalam pada itu, Pihak Berkuasa Perlindungan Alam Sekitar (EPA) New South Wales sedang meningkatkan usaha untuk menentukan punca kematian ikan menerusi pemeriksaan sampel air serta ikan. Jurucakap EPA berkata, insang ikan boleh menunjukkan kekurangan oksigen namun, pihaknya perlu melakukan lebih banyak ujian bagi mengenal pasti punca sebenar. Tambahnya, antara punca kematian adalah disebabkan oleh ikan yang 'lemas' di dalam air hitam hipoksik yang dibawa selepas hujan lebat. - 9news Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI