TIDUR pun dapat duit. Kedengaran tak masuk akal, namun begitulah hakikatnya selepas sebuah sebuah syarikat tilam membuat pengumuman itu baru-baru ini. Casper, syarikat tilam dari New York mencari pekerja profesional untuk tidur di atas tilam keluaran mereka. Disenaraikan sebagai kriteria untuk calon yang berjaya ialah "keupayaan tidur yang luar biasa", "keinginan untuk tidur sebanyak mungkin" dan "keupayaan untuk tidur melalui apa sahaja cara". Semua 'pekerja tidur' akan menerima produk Casper percuma, namun pemohon perlu berumur 18 tahun ke atas. Selain tugasan untuk tidur di atas tilam keluaran Casper, pekerja juga perlu membuat kandungan video untuk aplikasi TikTok. Permohonan kerja itu ditutup pada 11 Ogos. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI