PUNGGUNG seorang wanita tertusuk dengan sebatang besi dalam satu kemalangan membabitkan sebatang pokok krismas tiruan. Beberapa imej didedahkan dalam kajian kes menerusi jurnal perubatan Clinical Case Reports mengenai kepentingan tindak balas pantas hospital terhadap kecederaan traumatik. Terdapat imej menunjukkan di mana tiang itu menusuk bahagian kiri punggung wanita yang tidak disebutkan namanya. Kejadian malang berlaku apabila mangsa dari Newry, Ireland Utara, terjatuh ketika memasang hiasan pokok Krismas. Memetik laporan The Sun, asas logam bagi pokok krismas tiruan itu kemudian menusuk punggungnya. Pihak bomba mengambil masa satu setengah jam untuk memotong tiang besi itu supaya wanita berusia 54 tahun itu boleh dimasukkan ke dalam pengimbas tomografi berkomputer (CT). Dia kemudian dipindahkan ke pusat trauma utama untuk pembedahan, namun dia mengalami kelewatan yang ketara disebabkan oleh sebagaimana yang dikenal pasti oleh laporan itu sebagai 'kekurangan laluan pemindahan yang jelas'. Salah seorang pengarang laporan dan pegawai perubatan di Hospital Daisy Hill Dimitrios Angelou berkata, walaupun mekanisme kecederaan agak serius, tetapi tiada pendarahan yang boleh mengancam nyawa. Laporan itu tidak menjelaskan secara terperinci mengenai bagaimana batang besi itu dikeluarkan dari punggung wanita itu dan berapa lama tempoh pemulihan. Bagaimanapun, mangsa memuji pasukan perubatan yang mengambil berat dalam memastikan pesakit untuk pulih, dari pihak ambulans sehingga kakitangan hospital. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI