PENGUNJUNG pantai terkejut melihat 'mayat' seorang wanita terdampar tanpa seurat benang, dipercayai telah mati dibunuh. Polis dan pasukan penyelamat yang dihubungi kemudiannya hadir ke lokasi kejadian di daerah Bang Saen di Chonburi, timur Thailand sebelum mengesahkan bahawa ia sebenarnya patung seks. Menurut polis, patung seks hiper-realistik dari Jepun yang berjenama "AV idol" itu telah menimbulkan rasa takut dalam kalangan penduduk tempatan yang menyangka ia mayat seorang wanita. "Pada 18 Ogos 2022, pasukan penyelamat dimaklumkan bahawa orang ramai di pantai terkejut melihat seorang wanita muda berbogel dan tidak sedarkan diri. “Pegawai kemudian bergegas untuk membuat pemeriksaan. Dari jauh ia kelihatan seperti seorang wanita. Tetapi apabila mereka bergerak lebih dekat ia merupakan anak patung AV. "Kepalanya hilang dan bahagian bawahnya terdedah. Kami percaya anak patung itu telah dibuang ke dalam sungai atau terusan sebelum memasuki laut dan dihanyutkan di pantao. Ia kini telah dialihkan. "Jika pemilik mahu menuntut semula anak patung mereka, mereka boleh mengambilnya dari balai pasukan penyelamat," ujar jurucakap polis daerah Bang Saen. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI