suria

Pemandu ambulans tak berhati perut, sanggup tinggalkan wanita hamil tepi jalan kerana tak mampu bayar RM56

Pemandu ambulans tergamak meninggalkan seorang wanita hamil tepi jalan kerana tidak mempunyai wang sebagaimana yang diminta.

TIDAK berperikemanusiaan! Itulah perkataan paling sesuai untuk menggambarkan sikap seorang pemandu ambulans kerana tergamak meninggalkan seorang wanita sarat hamil di tepi jalan.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah kampung di Hamirpur, Uttar Pradesh, India.

Dilaporkan, pemandu ambulans bertindak meninggalkan wanita hamil tersebut dan beberapa saudaranya di tepi jalan kerana mereka tidak mampu membayar kos pengangkutan berjumpah Rs 1000 (RM56.52).

Menerusi video berkenaan, kelihatan wanita hamil tersebut yang sedang kesakitan ditenangkan oleh saudara maranya selepas mereka ditinggalkan di tepi jalan.

"Keluarga tersebut tidak mempunyai Rs 1000, jadi wanita hamil itu ditinggalkan di tepi jalan raya. Betapa kejam, itu yang boleh dikatakan," tulis seorang wartawan, Rajesh Sahu, yang turut berkongsi video berkenaan di Twitter.

Video tersebut mengundang rasa simpati dan terkejut para netizen, dengan rata-ratanya menuntut hukuman yang tegas dikenakan terhadap pemandu ambulans berkenaan. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain