suria

Lelaki 20 tahun ditumbuk selepas enggan mabuk

Mangsa ditumbuk kerana enggan mabuk membuat laporan polis.

AKIBAT menolak ajakan untuk mabuk, seorang lelaki berusia 20 tahun dianiaya individu tidak dikenali di Kapanewon Nanggulan, bandar Kulon Progo, Yogjakarta, Indonesia.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat, mangsa yang dikenali sebagai Irfan mendakwa ditumbuk oleh dua lelaki yang ditemui di tepi jalan semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kembang, kira-kira jam 2 pagi.

"Suspek memukul setelah mangsa menolak ajakan untuk minum minuman beralkohol.

"Pada masa ini masih menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaannya," ujar polis.

Difahamkan, pada masa kejadian, mangsa melalui Jalan Kampung Kalurahan Kembang sebelum dua lelaki tiba-tiba datang dan menghalang motosikal yang ditunggangnya.

Susulan daripada itu, mereka meminta mangsa untuk turut menikmati minuman beralkohol.

Ujar polis, disebabkan mangsa menolak ajakan tersebut dia ditumbuk di bahagian muka. - Kompas.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

enggan mabuk, dipukul, dianiaya, mangsa,

Artikel Lain