suria

Pengantin kecewa majlis kahwin kena 'hijack'! Mentua, tetamu pakai sut hitam... Berkabung kemangkatan Ratu Elizabeth II

Pengantin kecewa majlis perkahwinan bertukar upacara kematian.

SIAPA sahaja pasti berasa kecewa apabila majlis istimewa yang dirancang rapi tiba-tiba kena 'hijack'.

Begitulah yang dialami seorang wanita berusia 29 tahun yang melangsungkan perkahwinannya dengan pasangan yang dikenali selama enam tahun.

Mengakui sedih dan terkilan, dia bagaimanapun tetap menuruti kemahuan ibu mentuanya yang menjadikan majlis bahagia tersebut sebagai hari memperingati kematian Ratu Elizabeth II.

Menurutnya, walaupun bersimpati dengan kehilangan keluarga diraja itu namun dia mahupun suami, Matt tidak mahu berita sedih itu membayangi majlis perkahwinan mereka.

Malah dikatakan, ibu mentuanya pernah menasihati mereka supaya membatalkan perkahwinan sepenuhnya bagi menghormati kemangkatan baginda ratu.

Lebih mengejutkan apabila keluarga suaminya hadir dengan sut berwarna hitam.

Malahan 70 peratus daripada tetamu jemputan suaminya turut berpakaian serba hitam.

"Saya sangat sedih melihat keadaan itu tapi terpaksa mengabaikannya.

"Bagaimanapun semasa menyapa tetamu, saya memaklumkan bahawa ibu mentuanya meminta supaya mereka memakai sut hitam sebagai memperingati kematian Ratu Elizabeth.

"Semasa majlis sedang berlangsung, sebilangan mereka tiba-tiba 'hilang'... saya hanya mengetahui mereka berada di dalam satu bilik dan sedang menonton upacara pengebumian serta berkabung bersama ibu mentua," luahnya sedih. - Mirror.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain